Monday, October 26, 2009

TiNdaKan yaNg pErlU diAmbil BaGi siTuaSi di BaWah

SITUASI 1:
Rakan sekelas anda sedang merosakkan komputer di bilik komputer pada waktu rehat.
TINDAKAN:
Melaporkan kepada guru makmal komputer.Pihak sekolah juga boleh mengenakan tindakan disiplin kepada pelajar berkenaan.

SITUASI 2:
Rakan anda sedang menconteng dinding tandas sekolah.
TINDAKAN:
Menasihati dia supaya tidak menconteng kerana ianya akan merosakkan pemandangan kawasan sekolah.Memberitahu kepada guru tentang vandalisme yang berlaku di tandas sekolah.

SITUASI 3:
Rakan anda merosakkan meja dan kerusi sekolah.
TINDAKAN:
Memberitahu rakan bahawa meja dan kerusi sekolah ialah hak kerajaan.Dia tidak berhak merosakkan harta sekolah.


DIPETIK DARI BUKU TEKS PSK M/S 58
KeSaN nEgAtiF pErGauLAn bEbAs dAn cArA uNtuk meNGaTasInYa

*Kesan Negatif*

@Penyalahgunaan dadah
-mendapat penyakit HIV
-dihina oleh masyarakat
-negara akan dipandang rendah oleh negara lain


@Sumbang mahram
-maruah diri dan keluarga akan tercemar
-dipandang serong oleh masyarakat -
-berlakunya kes pembuangan anak


@Merempit
-boleh mambawa maut
-boleh membahayakan pengguna jalan
raya yang lain
-menganggu ketenteraman penduduk


@Merokok
-membahayakan kesihatan
-boleh menbahayakan nyawa orang lain

*Cara Mengatasi *

@ menghantar ke pusat serenti
@melaporkan kepada pihak polis
@ibu bapa perlulah mendidik dan menjaga anak-anak mereka dengan sebaik mungkin
@ ibu bapa hendaklah melarang anak keluar malam
@ ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak

Monday, October 19, 2009

KePekaAn dAn tiNdaKan TerHadaP iSu Dan MaSaLAh SosiaL DalaM MasYaraKat

GERAK MINDA

1) Senaraikan masalah-masalah sosial yang kini melanda masyarakat.

Petikan A m/s 49
~melepak
~menghisap ganja

~lumba haram
~mencuri
~pecah rumah
~merompak


Petikan B m/s 50
~bercinta pada usia yang muda
~mudah mempercayai lelaki
~cubaan membunuh
~tidak menjaga maruah diri


Petikan C m/s 50
~vandalisme

Petikan D m/s 51
~penyalahgunaan teknologi

Petikan E m/s 51
~membuli
~gangsterisme
~perjudian
~pengedaran dadah/pil khayal
~seks bebas
~berfoya-foya
~ragut


2) Cara-cara untuk membendung perbuatan jenayah sosial.

Pertama,ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak mereka di luar.Kedua pelajar haruslah bijak memilih rakan sebaya agar tidak terpengaruh untuk melakukan perkara yang negatif.Akhir sekali,kerajaan perlu mewajibkan pengguna telefon bimbit mendaftar nombor telefon mereka.

3) Sebagai seorang pelajar,tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah sosial yang semakin menjadi-jadi adalah:
#melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak yang berkenaan.
#menasihati rakan jika mereka melakukan perkara yang tidak elok.