Monday, August 17, 2009

hAk DaN tanGguNgjAwAb sEbAgAi pEnggUnA yAng rAsiOnaL

SITUASI

Mary membayar wang pendahuluan sebanyak RM3000 untuk memesan sebuah kereta. Selepas satu minggu, jurujual memberitahu Mary bahawa model kereta yang dipesan telah kehabisan stok dan stok baru pula lebih mahal kerana ada penambahan aksesori. Mary tidak mahu membeli stok baru dan menuntut balik wang pendahuluan. Jurujual menolak tuntutan Mary dan meminta Mary mencari pembeli ganti untuk kereta baru itu.
Berikan pendapat anda tentang tindakan jurujual itu. Cadangkan bagaimana Mary dapat menuntut haknya sebagai seorang pengguna. Persembahkan pendapat dan cadangan anda dalam blog.
JAWAPAN
Pada pendapat saya, Mary berhak membuat keputusan sama ada beliau ingin membeli atau menolak stok yang dipesan. Hal ini kerana, Mary mempunyai hak sebagai pengguna yang rasional. Jurujual tidak berhak memaksa Mary untuk membeli stok yang ditawarkan kerana ianya boleh menyalahi undang-undang pengguna dan boleh dikenakan tindakan mahkamah. Jurujual seharusnya bertanggungjawab menjaga hak pengguna dan sanggup bekerjasama dengan pembeli.